Assalamualaikum.
Lama juga guwa tak update blog neh. Kuikuikui. Short gateway kali ni aku bawak korang jejalan kat Melaka, which is Bandar Bersejarah dalam negara kita.(dah macam cikgu sejarah aku ni. puihhh).
Ahli jemah short gateway kali ni Ainie (bestie Palam), Nana, dengan Madi. And many thanks to Wafi yang bawa kitaorang jejalan Melaka waktu malam dengan esoknya. Even kampung aku kat Melaka, tak habis explore lagi rupanya. Bahahaha.
Makanan yang aku rasa korang wajib try kat kedai Line Clear Kg Jawa, Melaka. Kalau before ni korang pernah terbaca dalam blog lain, dia cakap kau waze kan nama kedai ni, caya la cakap den, takkan sampai nya. (sebab aku dah pernah buat. kahkahkah, gelak kan diri sendiri). Cadangan aku, korang waze je Kg Jawa, Melaka, lepastu hint dia, korang cari lah Sungai Melaka, untung nya jalan kaki ni, sebab boleh amik gambar, tengok street art Melaka. Selalunya orang suggestkan untuk naik cruise, tapi kalau waktu siang, aku suggestkan jalan kaki. Biar berpeluh, janji puas hati. Tak gitu? Kalau korang tanya jalan nak ke kedai ni kat orang tempatan, tanya la jalan ke arah kedai makan mee rojak Kg Jawa, kalau cakap nama kedai Line Clear ni, mostly semua tak tahu. And again kenapa aku tahu, sebab aku dah pernah buat. Bhahahaa.
Nampak biasa je kedai ni kan, tapi kalau datang untuk lunch, akan penuh dengan manusia-manusia yang kelaparan. Untuk dapat makanan yang sedap, perlukan banyak kesabaran. Sila ingat nasihat aku tu, sebab nya, kedai ni sentiasa ramai orang, tempat duduk pulak, jenis yang korang kena cari sendiri, and order makanan pown, ada lah dalam setengah jam baru sampai.Tapi berbaloi bagi aku, sebab makanan sedap dan harga nya murah. Kat kedai ni, boleh uji kesabaran iman korang. Jadi, goodluck bagi yang nak mencuba. *wink*
![]() |
| Menu wajib cuba, mee rojak ! sodap bak hang. |
Untuk short gateway ni, kitaorang cuba Bustel Klebang. Bosan la kan asyik gateway nak tidur dalam bilik hotel, kali ni kita tidur dalam bas. Its a good suggestion untuk sesiapa yang nak cuba benda baru. Abang reception pown peramah. Untuk tempahan Bustel ni, korang boleh direct Whatsapp or call no ni (019-7414113) untuk booking. Harga untuk satu bilik on weekday is RM90, kalau weekends, RM130. Kalau rasa nak review dulu, korang boleh try search facebook Bustel Klebang.
Bustel Klebang ni, bukan korang booked tu, booked satu bas okay. Engko ingat bas tu untuk engko sorang? choiii. Satu bas ni bahagi kepada dua bilik. Bilik A dengan Bilik B. Beza dia dekat jenis katil. Bilik A untuk katil jenis Queen Size, Bilik B untuk dua katil single. Bilik dia simple je, ada aircond, katil, bilik air, meja solek, almari baju, tv. Lengkap gitu hah.
![]() |
| ni bilik aku dengan ainie, 2 single bed. |
![]() |
| sunset kat Pantai Klebang |
Malam tu, kitaorang makan Asam Pedas Claypot kat Kota Laksamana. *Gambar makanan takde sebab semua dah kelaparan, jadi dah selamat dalam perut. hikhikhik.* Another suggestion from me untuk makan kat Melaka. Kalau taknak Asam Pedas, korang boleh try makan kat Umbai. Sodap bak hang. Thorbaik di Melaka. Makanan lain yang ada kat Bandar Melaka, aku suggestkan korang makan Cendol kat Jam Besar, ABC tanjung dengan Mee Bodoh (Hint dia: waze Pacific Inn, Melaka) kat Tengkera. Semua nya sedap. Okay lapar balik bila ingatkan makanan tu semua. Cis.
InshaAllah ada rezeki kita sambung lagi short gateway kemudian hari. Anneyonggg
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!











No comments:
Post a Comment