Assalamualaikum
Hai semua. Kali ni aku nak share solo trip aku ke yogyakarta. Ye, trip ni solo sebab tujuan sebenar pergi ke jogja untuk attend conference Annum 5. Alhamdulillah presentation guwe berjalan dengan lancar even awal awal tu gugup. Hah gitu hah ayat aku.
Hari conference aku actually 11-12 July, tapi sebab kan kaki jenis tak reti duduk diam, moh le kita datang awal dan balik lambat untuk tunaikan hasrat hati untuk berjalan meng-explore dunia ciptaan Allah yang luas ni. Ye, trip solo ni aku still lagi gunakan Agent Enjoyyourholiday (boleh refer post aku yang dulu). Kenapa eh aku suka pakai agent ni, sebab dia boleh ikut jadual aku and dia flexible kalau kita nak tukar tempat yang kita nak pergi. And yang terbaiknya ialah agentnya sporting habis beb. Well suggested for trip korang yang nak kan trip awesome.
click for link ig : enjoyyourholiday
So itinerary aku kali ni, aku explore tempat tempat ni, Jurang Tembelan, Rumah Hobbit, Tebing Breksi dan Candi Ijo. So touched down je adisutjipto airport, aku disambut oleh Pak Oji (one of the best driver ever). Untuk trip solo plus kerja ni, aku decide untuk stay di Latifa Hotel. Oh ye, hotel ni dekat dengan airport, tapi hotel ni korang tak boleh booked by online sebab kan tak de system online kemungkinan. Jadi hotel ni, aku minta Aziz (agent enjoyyourholiday) untuk booked kan. Aku pilih Latifa hotel atas sebab dekat dengan tempat conference (eastparc hotel). Untuk yang nak tahu harga bilik, untuk superior, harganya 350 ribu rupiah satu malam, untuk deluxe 375 ribu rupiah satu malam. Bilik dan servicenya tiptop. Well suggested by aku.
So first destination lepas check in ialah Jurang Tembelan. Kalau kat instagram, tempat ni famous dengan pose di jurang ala ala titanic gitchu. Kat jurang tembelan ni, ada banyak lagi tempat yang korang boleh posing. Ada rama-rama, ada kapal terbang banyak lagi la. And yang ni paling penting, tempat gambar tu semua FREE okay. Aku ulang lagi sekali, ye FREE. Engkorang kan suka benda free, setakat ni yang aku pergi, hanya Pantai Timang sahaja yang dikenakan bayaran untuk tempat bergambarnya itu.
![]() |
| Attraction utama di Jurang Tembelan |
![]() |
| kawasan sekeliling yang ada kat situ. |
Next destination ialah Rumah Hobbit. Kawasan rumah hobbit ni aku lebih rasa kepada perkampungan Smurf. Hahahaha pengaruh kartun banyak sangat mungkin. Kagum okay dengan rumah rumah yang dorang buat pakai ranting kayu tu. Cantik sangat rumah hobbit ni. Besar, bersih and tak rugi singgah sini. Ada tiket masuk, tak berapa ingat lak berapa bayaran dia sebab agent yang bayar. Hakak datang untuk enjoy je diknon before presentation esoknya. Hahaha
![]() |
| terasa diriku begitu comel. *muntah ijo* |
![]() |
| meet my friends, Mr Hobbits |
Sebelum ke Bukit Breksi, kitaorang singgah solat di masjid *ehem lupa nama masjid*. Tapi yang aku tau dia masjid dia macam ada bentuk rumah Aladdin. Kahkah nampak sangat banyak tengok kartun.Masjid ni ada kat kawasan bandar and senang sangat nak jumpa. Kat kawasan masjid ni, ada motor-motor yang jual makanan, Pak Oji bagi aku rasa makanan (kira minum petang) yang dijual. Nama makanan tu Siomay, ianya kuih tepung yang ada sedikit isi ikan tenggiri. Enak ya guwe bilang.
![]() |
| ini la siomay. Enak bangat |
Lepas solat, sambung balik travel. Kali ni ke Bukit Breksi.Kalau korang ikut perkembangan semasa, Obama ada datang ke Jogja awal bulan ni. Tak, aku bukan nak cerita pasal politik kat sini. (No, since I'm still a kid, Sape kecam dia dengki. Hahaha). Apa yang aku nak sampaikan ialah salah satu tempat kunjungan Obama tu, termasuk la Bukit Breksi ni. Hebatnya orang Jogja salah satunya terletak pada keseniannya. Bayangkan bukit tu, diukir menjadi ukiran yang sangat detail, unik, dan halus lukisannya. Wah gaya macam budak art dah aku ni. Hahaha. Tapi hebatnya seni dorang ni sampaikan aku sangat sangat kagum dengan dorang. It's a good suggestion untuk korang yang nak mahukan sedikit perbezaan untuk travel. Bukit Breksi ni masih baru lagi di Jogja untuk kunjungan tourist. Oh ye, satu tips yang aku boleh selitkan, sediakan spec mata awal ya, sebab anginnya kuat, dan tempatnya berpasir, jadi kekadang pasir boleh masuk mata. Okay tu je hakak nak pesan.
![]() |
| Jangan tiru untuk bawah 18 tahun. Kahkah |
Okay kat bukit breksi ni, ada dua bahagian tau, satu tempat yang macam kat atas ni, satu lagi kawasan tanah lapang yang berumput. Banyak sangat tempat untuk bergambar, view yang cantik ada kat atas tu. Engkorang datang la sendiri untuk tengok view dan bergambor kat Bukit Breksi ni nanti. Nanti meluat pulak asyik tengok muka aku dalam gambar-gambar ni even blog ni blog aku kan. Hahah. Tapi hakak ada satu pesanan je untuk diknon diknon di luar sana, pesanan hakak ada kat bawah ni. Baca dan hadam dalam kepala tanam dalam hati paling dalam okay?
Oh ye, kat Bukit Breksi ni, ada satu lagi wisata jogja yang diberi nama Candi Ijo. Kenapa dia Ijo, sebab mak kau Ijo. Hahaha. Okay hakak tahu hambar. Okay okay bawak bertenang semua ya. Candi Ijo diberi nama sempena kawasan sekeliling dia hijau aman damai tenang hati gitchu. Hakak tak tipu okay, memang hijau aman damai kat situ. Elok la aku pergi candi ijo ni buat hilangkan nervous yang nak oral presentation esoknya tu. Haha. Bawah ni aku sertakan satu gambar di Candi Ijo. Nak gambar lain kena tunggu kat instagram hakak okay.
![]() |
| Candi Ijo Mak Ko Ijo |
Oh ye, ada yang bertanya kat hakak, siapa yang snapkan gambar hakak yang debabum ni, kalau nak tahu kena la baca sampai habis trip solo hakak okay. Nanti hakak habaq na kat post lagi satu. Till then, anneyonggg.



















No comments:
Post a Comment