Assalamualaikum
Kisah kali ni sambungan daripada cerita sebelum ni, Phnom Penh, Cambodia yang aku cerita berapa hari lepas. Kampung yang aku duduk sepanjang program berlangsung dinamakan kampung Tawai. Kampung ni tak besar tapi tak berapa kecil. Penduduk dia bekerja sebagai petani, nelayan. Kalau nak cerita kan pasal kampung ni, kampung ni boleh dikira jenis kampung ala-ala zaman 70-80 an. Masak pakai dapur kayu, dapur kecil bawah anjung rumah, tandas kecil bawah rumah banyak lagi la.
![]() |
| Dalam bekas tu la pisang goreng. nyumnyumnyum |
Pagi hari kedua, kitaorang dihidangkan dengan kuih muih. Pisang goreng yang dijual besar, sedap pulak tu. Kalau teringan sekarang, boleh telan air liur. Kuih yang dalam plastik tu selalunya bebudak sekolah yang akan beli. Sekolah agama, sekolah kebangsaan semuanya jarak yang jauh. Pagi-pagi akan nampak bebudak sekolah ni berjalan ke sekolah. Even dorang jalan kaki pun, happy je muka memasing, lain la kalau kat negara kita, jalan sikit dah mengeluh agaknya. Kepada yang first time datang ke kemboja, wajib cuba laksa dorang, tambah garam sikit, cili padi, sedap gila. *meleleh air liur*
Walaupun susah untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kitaorang still berjaya jalankan misi membantu penduduk kampung tawai walaupun sumbangan yang dibawa tidaklah seberapa banyak. Tapi yang lebih membahagiakan ialah senyuman penduduk kampung selepas sumbangan diberikan. Terasa berbaloi segala hasil usaha kitaorang selama beberapa hari. InshaAllah ada rezeki, team kami akan datang lagi untuk misi sukarelawan akan datang.
![]() |
| Laksa Kemboja wajib cuba. Sedap makan dengan cili padi |
Bangunan bawah ni sebenarnya sekolah agama. Nampak macam serba lengkap kan sekolah ni, tapi sebenarnya, hanya dua kelas bawah saja yang ada kerusi meja (macam meja kat kantin sekolah kita) dengan sekeping papan hijau yang lusuh. Sementara bangunan sekolah ni dicat, pelajarnya kitaorang kumpulkan untuk aktiviti pembelajaran luar kelas. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kitaorang masa aktiviti dijalankan. (sebab sekarang kan musim hujan turun)
![]() |
| kelas yang telah dibersihkan dan disusun semula |
Betul lah kata orang, setiap pekerjaan yang kita lakukan, mesti ada cabarannya. Bagi aku, cabaran paling besar yang kitaorang alami kat kemboja ni, ialah komunikasi. Penduduk kemboja kebanyakan memang tak reti bahasa melayu,dorang pakai bahasa champa. Dalam ramai-ramai penduduk di kampung tawai, hanya ada tiga ke empat orang saja reti berkomunikasi bahasa melayu, secara tak langsung jadi orang pengantaraan kitaorang. Untuk jalankan aktiviti, memang susah sampai tak boleh nak describe feeling masa tu. *menangis*
![]() |
| Dr. kuku sedang berkhidmat |
Walaupun susah untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kitaorang still berjaya jalankan misi membantu penduduk kampung tawai walaupun sumbangan yang dibawa tidaklah seberapa banyak. Tapi yang lebih membahagiakan ialah senyuman penduduk kampung selepas sumbangan diberikan. Terasa berbaloi segala hasil usaha kitaorang selama beberapa hari. InshaAllah ada rezeki, team kami akan datang lagi untuk misi sukarelawan akan datang.
![]() |
| Team Briged Sukarelawan UiTM. #MisiKembojaVietnam |














No comments:
Post a Comment