Assalamualaikum
Hai guys. Setelah sekian lama aku mendiamkan diri (diam la sangat kan), akhirnya blog aku berupdate juga since aku dah decide untuk jadikan blog aku as travel log kehidupan seorang myza. Actually aku baru balik daripada travel ke Phnom Penh, Kemboja dengan Vietnam baru-baru ni. Takde la kira travel sangat, aku pergi pun atas program sukarelawan rentas sempadan yang dianjurkan team Briged Sukarelawan UiTM Shah Alam.
Daripada pengalaman yang aku dapat di kemboja, antara sebab kenapa negara Kemboja selalu dipilih untuk program sukarelawan, kemboja boleh dikira antara satu negara yang mempunyai purata penduduk Islam yang terkecil di asia negara. Kebanyakan kampung melayu yang ada bertaraf fakir miskin and selalu sangat terlepas pandangan daripada pasukan kebajikan. And kebanyakan orang kemboja berminat dengan agama Islam, tapi kurang pendedahan kepada cara hidup Islam yang sebenar.
![]() |
| 3:00 pagi: Lepas habis packing barang sebelum flight |
Di kemboja, kebanyakan laluan jalan dia jenis bertanah merah, yang mana jenis cepat pening-pening, boleh sediakan minyak angin awal-awal. Dari airport ke Kampung Tawai ambil masa yang lama la juga. Kat situ, kebanyakan penduduk dia menggunakan motosikal. Tips kepada yang nak ke kemboja untuk bercuti atau aktiviti sukarelawan, kalau nak lintas jalan, tengok kiri dulu baru kanan and jangan terkejut la tengok lalu lintas kat negara tu. Sampai sana untuk kali pertama tu, memang terkejut la tengok diaorang punya lalu lintas, silap hari bulan, kaki kita kat bawah pun main tekan brek. Phew hilang semangat~
Sebabkan flight kitaorang awal pagi, jadi team kitaorang tak sempat sarapan, jadi sampai je kat kemboja, kitaorang dapat cuba makanan tradisional kemboja, bihun sup kemboja, Yang aku perasan, kat sini makanan dia tak berminyak sangat macam makanan kat negara kita and kebanyakan makanan kat kemboja ada letak daun ketumbar jawa. Air pula dihidangkan air teh hijau. Boleh dikira makanan yang terhidang sangat berkhasiat.
Dekat kemboja, ada beberapa jenis musim. Musim hujan dikatakan akan turun sehingga hujung bulan november, lepas itu diikuti dengan musim kemarau. Sampai je Kampung Tawai, group perempuan kami dibawa ke rumah penduduk kampung, dan adat di kemboja, mereka mengutamakan tetamu, kami diberikan tempat tinggal yang selesa walaupun serba kekurangan. Walaupun kitaorang sampai di kampung tawai tak sampai seminggu, banyak benda yang dapat kitaorang pelajari dan pengajaran erti kehidupan dapat kitaorang jadikan sebagai iktibar dalam kehidupan, Di kemboja, sumber air mereka ialah air hujan, setiap kali hujan, mereka akan menadah air hujan di dalam tempayan besar, Kampung kat kemboja ni takde sumber elektrik, jadi penduduk akan gunakan bateri kereta sebagai sumber elektrik.
![]() |
| Mendengar taklimat daripada Agen Kemboja, En Razali |
Lepas tinjau kawasan kampung tawai, kami dihidangkan makanan yang dimasak oleh penduduk kampung. Walaupun penduduk sini serba kekurangan, diaorang sedaya upaya nak berikan yang terbaik untuk tetamu. Kat kemboja, masa lambat sejam. Kiranya kat Malaysia pukul 11, kat kemboja pukul 10. Tapi waktu solatnya masih lagi sama, cuma masa and keadaan je yang berbeza. Malam kemboja lagi awal, and suasana kampung sunyi and gelap waktu malam, jadi kepada yang datang pertama kali, lampu suluh jangan dilupakan.
Nota kaki: Travel log akan disambung lagi. Selamat Malam.













No comments:
Post a Comment