Assalamualaikum.
Hai gais. Awal bulan Mei haritu aku and family aku lari kejap buat short escape ke Singapore. Trip kali ni aku buat tiga hari 2 malam je sebab nak kena kejar cuti kakak aku yang second tu. Phew~ susah nak bercuti dengan orang yang jadual dia pack gila *baca: doktor*. Hewhew.
Sebabkan aku dah tangguhkan almost sebulan cerita singapore ni, so this entry gonna be long long long story ahead. Banyak gambar je sebenarnya, Hahaha *tutup muka* Changi Airport memang airport yang tercantik la kalau nak bandingkan dengan airport yang aku pernah pergi. Airport tu boleh buat korang jadi macam rusa masuk kampung. Hah ye la, aku cakap pasal diri aku sebenarnya. *Mulut ternganga*
sebabkan flight aku tengah hari, sampai terus lapar. Dalam gambar, kepak ayam seketul padahal aku baham kepak ayam berketul-ketul. Hahahaha
Kat singapore, senang je nak set perjalanan since public transportation senang nak dapat and senang nak paham laluan dia. Kat sini pakai MRT. Engkorang jangan nak sama kan dengan ktm kita yang hidup segan mati tak mahu tu. Jauh beza nokharom engko. Haha. Hari first kitaorang jejalan kat Marina Bay Sands, Helix Bridge, jejalan kat Orchards, Lucky Plaza, shopping kat Bugis Town, Esplanade semua la. Sampai kaki aku rasa nak tercabut la. Mayday Mayday dah kat kepala aku. List kan semua tempat nak jalan macam pergi seminggu, hah rasain looo.
![]() |
| Helix Bridge |
Hari kedua, turn CikRashid lak bawak kitaorang jejalan. Oh oh lupa, hari pertama tu CikRazak and satu family bawak kitaroang jejalan singapore. Sebab kan kat singapore ada sedara, kitaorang overnight kat umah nek ngah je. Hehe. Jimat ongkos nya disitu. Sebabkan shopping malam pertama macam tak cukup, hari kedua pusing balik Bugis Town, pastu kitaorang pergi Kampung Glam, Masjid Sultan yang femes tu. Semua tempat tu kira antara yang wajib pusing la. Cuma Kampung Glam tu tak sempat pusing since masa tu hujan and ada baby, so kitaorang terus pergi ke Flower Dome dengan Cloud Forest dekat area Gardens by the Bay. Kebetulan masa tu musim tulip, cantik bangatt, tapi boleh buat kaki kau tercabut kali kedua la sebab tempat tu besar gila.
![]() |
| untuk 7 + 1 orang makan. Macam kenduri kan. Hahaha |
![]() |
| tauhu telur. nyum nyum. |
![]() |
| Gardens By the Bay |
![]() |
| Flower Dome, Singapore |
Last day, jejalan kat airport. Hah kau, sekampung aku bawak pi Changi Airport. Hahaha. Meet my big family, ada nek ngah, ada CikRazak,CikRashid, CikWati. Can't wait to see you guys soon.




















































menarik ������
ReplyDelete