Monday, January 9, 2017

Yogyakarta, Indonesia (Part I)

Assalamualaikum semua.

Ingatkan cerita AADC? Tak tahu cerita apa tu, aduhh gimana sihh mahu aku ceritakan sama kamu orang gini. Yang nggak tahu, AADC itu cerita mengenai mas rangga sama mbak cinta. Iya, yang itu ceritanya, ingat kan? Jadi ayuh jalankan misi mencari rangga di Jogja *untuk jieha bukan aku ya* . 

Percutian kali ini dibawanya ibu-ibunya sekali supaya kami tidak lupa diri lepas jumpa mas mas rangga di sana. Untuk yang ingin ke Jogja, aku suggestkan kamu orang untuk mencari pakej tour terus, sebab perjalanan kat sana sangat memerlukan transport kereta, tempat-tempat yang menarik jauh and akan makan masa sejam dua untuk sampai ke destinasi. Percutian kali ni, kitaorang menginap di Duta Guest House and pakej pula kami pilih Enjoyyourholiday. Tripnya bagus sekali dan harganya pun bagus sekali.

Sebabkan flight delay, hari pertama kitaorang dibawa ke guest house dan check in. Group kitaorang dibawa makan di restoran Pedas Abis. Kedai ni well suggested untuk pengunjung yang nak makan ayam penyet dan sebagainya. Walaupun porsi (baca: portion) untuk seorang makan, sila kawal nafsu korang masa order, supaya tak jadi macam group kitaorang, kenyang tahap yatohannn nampak langit ke tujuh. Hahaha. Lepas makan, kitaorang dibawa ke Alun-Alun Kindul. Di situ macam taman-taman yang ada di malaysia, tujuan untuk riadah, jalan-jalan dan macam-macam. Korang boleh cuba untuk naik kenderaan berlampu. Tapi jangan korang berharap ianya ada enjin, kenderaan yang berlampu ni perlu dikayuh. Boleh slim kau balik negara nanti. Haha.


Untuk hari yang kedua, kitaorang dibawa ke Puncak Becici, Hutan Pinus, Pantai Timang, Goa Pindul untuk aktiviti cave tubing. Oh ya, pakej yang kitaorang ambil ni termasuk pakej makan lunch, dinner. Al maklumlah, travel bawa ibu-ibunya perlu dijaga keperluan mereka lebih daripada kita sendiri. Untuk aktiviti cave tubing, iya, ibu-ibunya join sekali bertubing. Walaupun hujan lebat, aktiviti cave tubing still on. Syok gila main air sambil hujan.

Puncak Becici
Hutan Pinus
Hati-hati ya untuk laki-laki yang cuba menggatal, terutamanya laki kepunyaan guwe. Ini bukan gurauan, ini amaran. Awas lo.

Akan aku update lagi untuk sambungan di hari lain. Terima kasih baca sampai habis. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment