Assalamualaikum semua.
Akhirnya weh akhirnya. Aku berjaya habiskan cerita pasal Jogja ni. Yatohan rasa bahagia dia sampai rasa nak belanja diri sendiri tengok wayang makan sesedap semua la. Hahaha. Sis over, ye sis sedor. Okay last ni, semangat sikit nak cerita. Harap engkorang tak jemu lagi la. Penat ni, support la sikit usaha sis nak habiskan cerita ni. Kang engkorang juga cakap sis tak reti nak update blog walaupun tu memang relaitinya. Kahkah
Tamansari watercastle ni tempat dimana sultan dorang ni tinggal. Kalau di Malaysia, ibarat makan diraja la. Tapi yang menariknya kat sini kan, raja dorang ni duduk sekali dengan penduduk. Rumahnya tu ada berdekatan dengan rakyat-rakyatnya. Kan bagus kalau di malaysia juga begitu, nampak mesra rakyat. Taman ni dibuka pukul 8 pagi, and kat situ ramai pakcik-pakcik yang nampak macam peramah, tapi ikut korang la kalau mahu diikutinya, perlu sediakan tips bagi pakcik pakcik ni. Dorang akan bawa pusing kawasan ni sampai habis, then akan bercerita kisah-kisahnya. Mengenai tips, kalau mereka tidak demand, ikut la ampa nak bagi seikhlas hati berapa pun. Tapi kalau dah ditetapkan jumlahnya, redha ja la na. Kalau taknak bayar pape, tunggu tour guide korang ja bawak jalan pusing and ceritakan pasal tempat-tempat ni.
Ini la rumah sultan nya itu. Masih ada yang duduk disitu ya.
Satu lagi yang menariknya kat sini, sultan dorang ni dah pun buat peraturan untuk penduduk disini. Salah satunya, pukul lapan pagi sampai lima petang, rakyat di kawasan sekitarnya nggak bisa menonton televisyen, tetapi hendaklah menuntut ilmu atau bersosial. Menarik kan kan kan kan. Aku nak buat peraturan ni la nanti kat keluarga aku. Siap lo orang. Hahahaha. Gambar aku di bawah ini ada kisah menariknya. Kalau korang nak tahu, pergi sana dan tahu sendiri. Kahkahkah.
Untuk solat, kami dibawa solat di masjid kotagede. Cantik sangat masjid dia sampai tak teringat nak bergambar. Lepas solat, korang boleh melawat kawasan sekitarnya. Ada kawasan mandian awam, kolam tu ada ikan ikan besar, kira mandi dengan air ikan la kan kalau kita pakai air tu. Hahaha. Sejarah situ tak berapa nak pasti sebab kitaorang jalan tanpa guide, ikut sedap je pusing sendiri, tu yang keluar teori sendiri. Hahahaha.
![]() |
| kurus dah mama guwe. Demam plus capek |
Tempat last before balik kitaorang dibawa ke Malioboro. Ye ini la tempat di mana ibu-ibu suka. Tempat shopping. Hahaha. Penat Andi tunggu kami semua shopping. Ye la kalau boleh kau nak pusing satu barisan kedai yang panjang berderet dengan ramainya orang, panas jangan cerita la kan, and semua benda terjual sampai rambang mata nak pilih. Oh ya, pasal shopping ni, kalau korang nak membeli masa keluar daripada candi-candi tadi, boleh je membeli souvenir di sana, harga nya lebih kurang di Malioboro.
kereta kuda ini dikenali sebagai andong. Korang boleh je try naik untuk pusing pusing satu Malioboro tu. Tak kisah la nak berhenti bergambor ke apa. Ikut ampa la. Lepas shopping, kitaorang ke airport untuk pulang ke Malaysia. Homesick la kononnya. Haha.
Video trip boleh dilihat di Instagram guwe : myza_akmal
THE END.
(Till the next trip. Byebye)










No comments:
Post a Comment