Friday, January 13, 2017

Yogyakarta, Indonesia (Part II) - Punthuk Setumbu - Gereja Ayam - Candi Borobudur - Kalibiru

Assalamualaikum and hai semua.
Okay harini  terasa rajin nak update blog balik pasal Jogja last week. Mesti ampa semua tertunggu -tunggu kan. Ececey perasan je ada orang nak tunggu aku update blog kan, Hahaha. Tak, yang penting confident tu kena ada. Orang baca ke idok belakang cerita. 

Dijadikan cerita, hari ketiga aktiviti kitaorang start pukul 3 pagi wib. Apa wib tu? Wib tu kalau korang ke Jogja, akan selalu nampak kat tepi jam jam yang ada kat sana. Wib tu membawa maksud waktu indonesia barat. Okay sambung balik cerita tadi. Hari ketiga ni boleh kira kitaorang buat kerja hiking untuk satu hari, sampai demam mak aku dibuatnya. Tak cukup rehat satu hal, semalamnya main cave tubing tengah hujan tu cerita kedua, Haha kesian mama kita, tapi dia strong enough untuk join trip ni sampai habis. Daebak mama.*tunjuk lengan sado*
Sunrise di Punthuk Setumbu, then pergi ke gereja ayam, dimana disitu ialah antara scene dalam cerita ada apa dengan cinta antara mas rangga sama mbak cinta. Gereja ayam tu sebenarnya rupa merpati, tapi sebab bentuknya serupa ayam, jadi orang tempatan panggil ayam di sana. Satu je aku nak pesan, kalau nak ke gereja ayam, bersedia la nak hiking sembilan puluh degree kau nak ke atas. Semput kitaorang naik atas tu. Dah la menaik, lepastu sampai atas tu, kena naik tangga bertingkat-tingkat. Gilo. 

Punthuk Setumbu  

At the top of Gereja Ayam

Lepas dah berpeluh-peluh hiking naik Punthuk Setumbu dengan Gereja Ayam, kitaorang dibawa ke Candi Borobudur. Tak sangka dapat fulfill hajat nak ke sini. Dulu tengok cinonet je gambar dalam buku sejarah. Even aku selalu tidur dalam kelas sejarah sebenarnya. Nasib dapat A masa Spm. Hahaha. Candi Borobudur ni ingatkan santai-santai, sekali hiking juga rupanya. Phew habis lemak lemak guwe. Kat candi ni, ada perkhidmatan tour guide, kalau mahu, bisa aja digunakan. 100 ribu rupiah aja dong, dia akan ceritakan semua kisah yang terlukis di batu-batu itu. Ada juga perkhidmatan sepeda (baca: basikal) untuk orang yang malas nak berjalan. Tapi hari jumaat, sepeda nya nggak disewakan ya mbak mbak sekalian.  


Lepas lunch dan solat, kitaorang dibawa ke Kalibiru. Iya, disini la tempat paling famous yang korang boleh jumpa kalau ikut hashtag #Yogyakarta di instagram. Gambar gambar di atas pokok disertakan view tasik yang cantik. Selalunya pakej tour tak termasuk dengan harga bergambar. Semuanya perlu dibayar sendiri. Tapi iu bukan la masalah paling besar. Masalah paling besar is nak beratur tu. Contohnya begini. Setiap orang diberikan tiga minit di atas untuk photoshoot, for sure pakai dslr diaorang, kalau satu group ada 15 orang, kau darab la dengan 3 minit tadi dan kau darab la dengan berapa panjang beratur menunggu giliran nya itu. Masa aku pergi tu, paling awal untuk dapat turn bergambar pun dalam 4.30 petang. Memang idok la gigih nak menunggu nya, sedangkan masa tu baru pukul 2 lebih. 



Huish rasa panjang dah pos kali ni. Ada lagi satu  part. Akan aku gagah kan jua diri untuk update lagi ya. Sampai sini dulu. Adios.

No comments:

Post a Comment