Friday, January 13, 2017

Yogyakarta (Part III) - Merapi Jeep Tour - Candi Prambanan - Parangtritis & Gumuk Pasir -Bakpia 25

Assalamualaikum semua.

Hai. Guwe muncul lagi. Iya demi kalian, mbak gigih mahu update ceritanya disini. Capek guwe mahu coba untuk consistent update ceritanya di sini. The next trip, kami dibawa oleh Enjoyyourholiday tour ke Merapi Jeep Tour. Iya, ini yang kamu tunggu-tunggu bukan? Usah malu-malu dong. Izinkan guwe ceritakan ya ibu ibu pak pak sekalian.

Tadaaaaa.  Ini la jeep jeep yang ada disana. Ehem, untuk bakal suami, belikan guwe satu ini dong. Akan guwe sayang sampai bebila pun. Acecey cliche sangat bukan? Haha. Melawak ja nohhh. Tapi kalau nak jadikan hadiah perkahwinan pun apa salahnya, ye dok. Hahaha. 

Okay okay balik semula cerita tadi, Kat atas tu, takde la sejuk sangat sampai nak kena pakai sweater bagai sebenarnya. Tapi ikut ampa la kan, kalau nak melawa bergambor sakan, sila kan sila kan. Sebelum sampai ke puncak tu, kitaorang di bawa ke rumah peninggalan hasil daripada meletusnya gunung merapi ni pada tahun 2010. Lepas dah tengok kesan-kesan peninggalan, kitaorang dibawa ke satu kawasan yang dikenali sebagai batu alien. Dijadikan alkisah, dulu tempatnya ini merupakan kebun-kebun tanaman penduduk tempatan. Lepas kejadian tu, daripada kawasan kebun, tetiba ada batu besar ni menyerupai muka manusia terdampar kat sini. Sebabkan rupa manusia yang ada di batu ni, penduduk tempatan memanggil ianya batu alien.



Bayangkan gunung merapi yang atas sana tu, bawa batu ni sampai ke sini. Jauh juga perjalanan dia tu. Sedangkan kawasan perumahan yang kitaorang pergi tu pun bawah lagi dari kawasan ni. Subhanallah besarnya kuasa Allah.

Bagusnya trip merapi ni ialah dia punya driver a.k.a tour guide. Jangan risau, dorang pakar dalam mengambil gambar. Nanti bukan dia yang capek layan karenah korang, tapi korang yang akan capek dengan dia. Kejap pose itu, kejap pose ini. Yatohan penuh gallery gambar. *padahal suka nak mati gambar banyak kan*

Ayuh ikut guwe menuju ke puncak. Maaf over sangat pose guwe. Pakcik tu yang suruh tahu, bukan aku nak sangat lompat ni. HAHAHA

Ibu ibunya. Masa ni mama guwe udah demam.

style kan mama guwe. Tengok lah apa anak dia ajar. Kahkahkah
Eh terpanjang pula cerita pasal merapi jeep. Maaf sis excited terlebih, almaklumlah gambar banyak kan. Rambang mata nak pilih mana satu, kalau boleh nak letak semua sekali. Maaf lagi sekali, sis gelojoh. Hahaha. Lepas merapi, kitaorang pergi ke Candi Prambanan. Cantik bangat view nya disini. Candi ni tak berapa nak hiking, jadi boleh relax relax ja masa pusing sini. Candi Prambanan ni engkorang baca la sendiri sejarah dia. 
Maaf kami buat lagi. Kahkahakah

Lepas candi, makan dan solat. Kitaorang dibawa ke Pantai Parangtritis dan Gumuk Pasir. Gumuk tu bererti longgokan, jadi gumuk pasir itu maksudnya longgokan pasir, bukan orang gemok, aku tampar kang. Eh ter-emo lak. Hahaha. Korang boleh cuba untuk sandboarding kat Gumuk Pasir, sebabkan nak jimat ongkos dan kekangan masa, jadi guwe nggak dapat main sandboard. Sedih guwe. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat sunset di sini. Cantik sangat.

Yang dua ketul mamat tu, ya tu la tour guide sekali driver untuk kitaorang punya pakej, Kenalkan mas Aziz dengan Andi. Tapi dedepan dorang tak panggil mas (abang) pun, panggil om (Pakcik). Hahahaha. Padan muka. Dorang sangat kelakar okay, nasib melayan dan redha je dengan aku yang banyak karenah ni. Haha.

Bakpia tu makanan traditional di Jogja. Kalau mencari ole-ole untuk kawan-kawan kantor, sangat sangat di suggestkan untuk ke kilang bakpia ni. Sedap and murah. Sebabkan masa kitaorang pergi tu agak malam dan hujan, so yeah, takde gambar kilang itu dan makanan selamat landing dalam perut dah. Hahaha. Okay bye selamat malam. 

No comments:

Post a Comment