Monday, May 30, 2016

Singapore

Assalamualaikum.

Hai gais. Awal bulan Mei haritu aku and family aku lari kejap buat short escape ke Singapore. Trip kali ni aku buat tiga hari 2 malam je sebab nak kena kejar cuti kakak aku yang second tu. Phew~ susah nak bercuti dengan orang yang jadual dia pack gila *baca: doktor*. Hewhew.

Sebabkan aku dah tangguhkan almost sebulan cerita singapore ni, so this entry gonna be long long long story ahead. Banyak gambar je sebenarnya, Hahaha *tutup muka* Changi Airport memang airport yang tercantik la kalau nak bandingkan dengan airport yang aku pernah pergi. Airport tu boleh buat korang jadi macam rusa masuk kampung. Hah ye la, aku cakap pasal diri aku sebenarnya. *Mulut ternganga*
Benda ni bergerak up down weh. Amazed aku. 

sebabkan flight aku tengah hari, sampai terus lapar. Dalam gambar, kepak ayam seketul padahal aku baham kepak ayam berketul-ketul. Hahahaha

Kat singapore, senang je nak set perjalanan since public transportation senang nak dapat and senang nak paham laluan dia. Kat sini pakai MRT. Engkorang jangan nak sama kan dengan ktm kita yang hidup segan mati tak mahu tu. Jauh beza nokharom engko. Haha. Hari first kitaorang jejalan kat Marina Bay Sands, Helix Bridge, jejalan kat Orchards, Lucky Plaza, shopping kat Bugis Town, Esplanade semua la. Sampai kaki aku rasa nak tercabut la. Mayday Mayday dah kat kepala aku. List kan semua tempat nak jalan macam pergi seminggu, hah rasain looo.

Helix Bridge

Hari kedua, turn CikRashid lak bawak kitaorang jejalan. Oh oh lupa, hari pertama tu CikRazak and satu family bawak kitaroang jejalan singapore. Sebab kan kat singapore ada sedara, kitaorang overnight kat umah nek ngah je. Hehe. Jimat ongkos nya disitu. Sebabkan shopping malam pertama macam tak cukup, hari kedua pusing balik Bugis Town, pastu kitaorang pergi Kampung Glam, Masjid Sultan yang femes tu. Semua tempat tu kira antara yang wajib pusing la. Cuma Kampung Glam tu tak sempat pusing since masa tu hujan and ada baby, so kitaorang terus pergi ke Flower Dome dengan Cloud Forest dekat area Gardens by the Bay. Kebetulan masa tu musim tulip, cantik bangatt, tapi boleh buat kaki kau tercabut kali kedua la sebab tempat tu besar gila.
untuk 7 + 1 orang makan. Macam kenduri kan. Hahaha
tauhu telur. nyum nyum.
Gardens By the Bay
Flower Dome, Singapore

 Last day, jejalan kat airport. Hah kau, sekampung aku bawak pi Changi Airport. Hahaha. Meet my big family, ada nek ngah, ada CikRazak,CikRashid, CikWati. Can't wait to see you guys soon.

Wednesday, April 13, 2016

Ho Chi Minh, Vietnam (Part 2)

Assalamualaikum

Kan dah cakap nanti aku akan sambung balik update part 2 trip aku ke Ho Chi Minh, ampa takmau percaya cakap aku. Apalah salah aku ini. 🚢🏻🚢🏻 🚢🏻*Bawak diri ke hujung dunia*. Untuk part 2 ni, aku nak cerita hari ke dua aku kat Vietnam. Yang macam aku mention sebelum ni, aku ambil pakej Sg Mekong for one day trip. Bukan la nak cakap aku duduk main sampan sampai lebam. No no no no πŸ™…πŸ»πŸ™…πŸ»πŸ™…πŸ». Salah sekali anggapan lo semua orang. Kenapa jadi one day trip? Ni jawapan dia, untuk perjalanan ke Sg Mekong dah ambil masa sejam setengah, tu belum masuk lagi dengan kesesakan lalu lintas, singgah memana dulu, sebab tu dia amik masa satu hari. Hewhew.

Antara view sepanjang perjalanan ke Sg Mekong

Breakfast kitaorang sekeluarga include sekali dengan pakej hotel. Masa pergi as backpackers, pagi selalunya kitaorang makan benda berat terus macam nasi ke bihun sup ke, tapi dekat hotel ni, makan dia sedap sangat. Variety makanan disediakan, ada nasi goreng, roti bakar, cereal, buah, macaroni semua la. Lapar balik lak bila ingat breakfast kat hotel tu. Nyumnyumnyum. So kalau korang ambil pakej dengan VietAttraction Tour tu, memang senang cerita datang sana bawak duit untuk shopping je and have fun habis-habisan. Guwe jamin ini dong. 

Masa trip Sg Mekong ni, kitaorang berhenti makan tengah hari dulu kat satu kawasan masjid ni. Makanan simple tapi sedap. Bagi aku, as long trip tu makanan yang provided sedap and service agency memuaskan, itu dah cukup terbaik la. Jadi, ayuh kita gunakan agency Vietattraction Tour. *Bakat promoter memang dah sebati dengan diri aku*  

Tadaaaa. Lunch kiaorang. Masa ni ayam goreng tak sampai lagi. Haha.

Lepas makan tengah hari, kitaorang gerak ke jeti nak ke Sg Mekong, kitaorang dibrief pasal perjalanan. Macam korang nampak kat peta bawah ni, ada beberapa pulau yang kitaorang pergi. Seingatan aku, ada pulau untuk madu lebah, ada coconut island, ada pulau buah-buahan dengan apa ntah lagi. Banyak sangat la weh nak kena ingat, guwe daa la ada short term memory. Hahaha. Refer gambar je la eh eh eh. πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆπŸ»

Our Tour Guide, Tam
nampak tak betapa excited nya anak buah aku hah.

Ni antara pit stop yang kitaorang singgah. pulau madu lebah, coconut island, pulau buah-buahan and banyak lagi. Masa nak ke pulau yang ada banyak buah-buahan, kitaorang naik kereta kuda kecik untuk ke kawasan perkampungan tradisional. Walaupun kuda tu kecik cinonet je, dia punya speed lagi laju daripada basikal yang orang bawak tu tau 😱. Todia jakun naik kereta kuda. Hahaha. πŸ˜‚ Dekat perkampungan tu, sambil-sambil makan buah-buahan yang dia sajikan, ada persembahan tradisional sekali okay. Layan la berapa lagu siap penyanyi dia amik turn untuk performπŸ’ƒπŸ». Kita enjoy la as penonton, bukan kena bayor pun. 

 Ayyan kena buli dengan acu dia. HAHAHAHAHA
Lepas habis je tour pulau-pulau tu, nak balik ke bot, kitaorang dapat naik sampan yang orang tempatan bawak tu. Sepanjang perjalanan tu sunyi je, so korang nikmati la suasana aman damai tenteram jauh dari bandar konkrit tu. No no, sampan ni bukan macam kat Hatyai tu. Sampan ni function dia as transportation je, bukan tempat berniaga tau. πŸ˜‚

Peminat Ayyan dari America gitu πŸ’πŸ»
Balik je daripada Sg Mekong, kitaorang rehat kat hotel je. Malam kitaorang macam biasa, pusing pasar malam and singgah Ben Thant Market survey barang dulu untuk shopping last round sebelum balik Malaysia. Makan malam kitaorang hari kedua dekat Kedai Makan Hj Basiroh. Pendapat aku , makanan kat Kedai Makan Osman sedap lagi tapi bak kata logik aku, lidah manusia lain-lain, korang boleh je try semua kedai makan kat situ, pastu makan sampai pengsan. Hahaha. 

Dinner 
Dalam Ben Thant Market

Hari ketiga, aku bawak family aku jalan-jalan kawasan Saigon. Tunjuk laluan kitaorang team briged dulu kena alan jauh dari tempat backpackers semata-mata nak ke kawasan Ben Thant dulu tu. Kalau tengok banyak kali, orang boleh cakap aku ni rupa orang tempatan sana dah. Hahahaha πŸ˜‚. Hari ketiga tu kitaorang pack barang nak balik, beli pape yang patut untuk last time and petang dah gerak ke airport. Kalau korang beli tiket flight malam, aku suggest kan gerak ke airport petang, sebab takut jammed or maybe takut tak sempat kejar flight pulak. 



The End utnuk trip ke Ho Chi Minh. Memula ingat nak buat part 3, tapi macam over sangat pergi kejap sampai nak update ke part  3. Sorry for the long post and thank you for reading. Harap membantu untuk sesiapa yang nak ke sana either untuk memborong style mak jemah mahupun vacation. Bye till next trip. Hewhewhew. πŸ‘‹πŸ»πŸ‘‹πŸ»

Tuesday, April 12, 2016

Ho Chi Minh, Vietnam (Part 1)

Assalamualaikum

Hai gais. Lama gila tak menaip and update blog sendiri. Teringat memula buat blog zaman form three masa tu tahun 2008πŸ‘§, kemain semangat kalau boleh hari-hari update blog even takde benda nak cerita pun. Hahahahaha lawak nak mati kalau ingat balik apa aku post zaman riang ria kuih cornflakes tu. πŸ˜‚πŸ˜‚*Ketawa sampai sakit perut*

Awal bulan April haritu, aku rancang satu trip untuk ahli keluarga aku ke Vietnam tapi takde la dapat kumpul semua sekali pun, dah memasing busy dengan hidup memasing. Uwaaaa sedih, nak kumpul reramai macam zaman kanak-kanak hingusan tu. πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆ 🏻Sobs guwe sedih namati ni, jangan kacau. 

🏻Balik semula cerita aku, ni kali kedua aku ke Vietnam actually. First dengan team briged sukarelawan, kira kali ni jadi tour guide la pulak πŸ’πŸ». Memula dilema nak pakai agency or nak buat style backpackers, lastly sebab fikir kan keselamatan, aku decide pakai agency. Selamat, tak payah pening kepala bagai nak cari pakej dekat sana. Agency yang aku pakai is MuslimVietnam Tour (Nama Facebook : Vietattraction Tour). Pakej dorang, sangat sangat sangat aku galakkan korang amik untuk travel ke Vietnam. Rate services : 9.5/10.

 P/s: This post gonna be such a long post. *Mayday Mayday*

Pakej yang ditawarkan start from pickup from airport, tour city, hotel, dinner, sg mekong 1 day trip include meals, shopping dekat kedai kain famous, breakfast, van privacy and much more. Kenapa aku suggest kan agency ni, sebab first dorang akan sediakan kalau boleh the very best services untuk pelanggan dorang (ni bukan iklan berbayar πŸ˜‚) Sebab kan aku buat trip untuk family, and family aku ada infant, aku request untuk privacy lebih which is van pickup and travel kena beraircond, hotel kalau boleh nak paling dekat dengan Ben Thant Market (since dalam market tu panas, kot la rayyan meragam nak balik hotel senang sikit), and last request aku masa tour Sg Mekong, aku tak sharing boat sebab nanti sesak ramai orang tak selesa (bukan sebab aku bajet bajet orang kaya πŸ˜©πŸ˜©). Pakej dorang ni tak perlukan kita bayar semua sekali gus, tapi hanya bayar deposit in certain amount yang dibincangkan. And lagi satu the deposit bayar melalui Paypal (boleh je pakai account kawan or sedara yang ada, then bayar kat dorang balik, just the way I do. Thanks Wan ! ❤ )

Touch down je airport sana, first thing kitaorang beli ialah sim kad international (human can't live without internet I guess). Travel guide kitaorang, nama dia Tam, sangat sangat peramah and somehow dia sangat lawak, kelakar yang spontan yang buat korang akan have fun masa travel. Sebab kan aku dah request awal-awal apa pada agency, dorang sediakan van yang muat untuk sepuluh orang untuk keluarga aku yang hanya ada empat orang plus one baby. Selesa amat kau, tipu kalau cakap tak selesa dengan aircond nya lagi. Jangan risau pasal the charge, kalau korang request banyak nak mati pun, takkan ada penambahan charge dikenakan. Terbaik kannnnn?

Oh ye, trip aku kali ni singkat je, kira as short escape for vacation and relaxation je. Trip ni 3 hari 2 malam. Untuk first day, kitaorang dibawak tour city. You name all the famous place, this agency already included it in the tentative, awesome right? Opera House, Central Office, Hard Rock Cafe, War Museum, Saigon Mosque and so on. Tak perlu nak fikir mana nak pergi dulu, ni kena pergi itu kena pergi ke apa, semua dah tersedia. 

Ni dalam perjalanan nak ke bandar dari airport. Kat Vietnam, the king of the road is motorcycle. Ada sepuluh sebab kenapa motor lagi berleluasa kat Vietnam, do observe by yourself gais. Hahaha πŸ˜πŸ˜. Bawah ni pulak antara tempat famous yang memang wajib pergi singgah dekat Saigon (in other word, tempat tarikan Ho Chi Minh la). Pasal tiket bayaran, jangan risau, semua include dalam pakej yang kita dah request tu. Be like a boss and enjoy the trip gais.
War Museum
Central Office
Masjid Tertua di Saigon. Seronok dapat singgah solat kat sini πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆ
Church terbesaq
Laluan kedai buku, semua buku ada kat sini, nasib aku tak terbeli je. Hewhew
Masa tour city hari pertama ni, kitaorang ada singgah kedai kain yang memang selalu orang Malaysia membeli belah memborong sakan hey raya raya gitu. Nama kedai kain tu tak ingat, tapi yang aku ingat, kat situ je daa borong memacam. Standard la kan, perempuan dengan shopping berpisah tiada. Haha πŸ˜‚. Lepas penat je pusing, check in Alagon Hotel, yang memang seriously dekat namati dengan pasar malam and dekat dengan Ben Thant Market, wa tak tipu lu der, tipu masuk neraka. Hahaha over gila. 

Makan malam kitaorang dekat Kedai Osman depan hotel. Sedap namati makanan dia, makan besaq macam hari raya cina gitu. Makan lepastu keluar tak payah bayar pape (sebab agency dah settlekan😚),perasaan dia tu, bahagia gila-gila tahu. Lepas makan, sambung shopping dekat pasar malam area Ben Thant Market.

Nota kaki untuk korang:  Trip Sg Mekong aku sambung next post. Bye. ❤