Thursday, February 5, 2015

Short Gateway : Melaka

Assalamualaikum.

Lama juga guwa tak update blog neh. Kuikuikui.  Short gateway kali ni aku bawak korang jejalan kat Melaka, which is Bandar Bersejarah dalam negara kita.(dah macam cikgu sejarah aku ni. puihhh).

Ahli jemah short gateway kali ni Ainie (bestie Palam), Nana, dengan Madi. And many thanks to Wafi yang bawa kitaorang jejalan Melaka waktu malam dengan esoknya. Even kampung aku kat Melaka, tak habis explore lagi rupanya. Bahahaha.

Makanan yang aku rasa korang wajib try kat kedai Line Clear Kg Jawa, Melaka. Kalau before ni korang pernah terbaca dalam blog lain, dia cakap kau waze kan nama kedai ni, caya la cakap den, takkan sampai nya. (sebab aku dah pernah buat. kahkahkah, gelak kan diri sendiri). Cadangan aku, korang waze je Kg Jawa, Melaka, lepastu hint dia, korang cari lah Sungai Melaka, untung nya jalan kaki ni, sebab boleh amik gambar, tengok street art Melaka. Selalunya orang suggestkan untuk naik cruise, tapi kalau waktu siang, aku suggestkan jalan kaki. Biar berpeluh, janji puas hati. Tak gitu? Kalau korang tanya jalan nak ke kedai ni kat orang tempatan, tanya la jalan ke arah kedai makan mee rojak Kg Jawa, kalau cakap nama kedai Line Clear ni, mostly semua tak tahu. And again kenapa aku tahu, sebab aku dah pernah buat. Bhahahaa.


Nampak biasa je kedai ni kan, tapi kalau datang untuk lunch, akan penuh dengan manusia-manusia yang kelaparan. Untuk dapat makanan yang sedap, perlukan banyak kesabaran. Sila ingat nasihat aku tu, sebab nya, kedai ni sentiasa ramai orang, tempat duduk pulak, jenis yang korang kena cari sendiri, and order makanan pown, ada lah dalam setengah jam baru sampai.Tapi berbaloi bagi aku, sebab makanan sedap dan harga nya murah. Kat kedai ni, boleh uji kesabaran iman korang. Jadi, goodluck bagi yang nak mencuba. *wink*

Menu wajib cuba, mee rojak ! sodap bak hang.

Untuk short gateway ni, kitaorang cuba Bustel Klebang. Bosan la kan asyik gateway nak tidur dalam bilik hotel, kali ni kita tidur dalam bas. Its a good suggestion untuk sesiapa yang nak cuba benda baru. Abang reception pown peramah. Untuk tempahan Bustel ni, korang boleh direct Whatsapp or call no ni (019-7414113) untuk booking. Harga untuk satu bilik on weekday is RM90, kalau weekends, RM130. Kalau rasa nak review dulu, korang boleh try search facebook Bustel Klebang. 


Bustel Klebang ni, bukan korang booked tu, booked satu bas okay. Engko ingat bas tu untuk engko sorang? choiii. Satu bas ni bahagi kepada dua bilik. Bilik A dengan Bilik B. Beza dia dekat jenis katil. Bilik A untuk katil jenis Queen Size, Bilik B untuk dua katil single. Bilik dia simple je, ada aircond, katil, bilik air, meja solek, almari baju, tv. Lengkap gitu hah. 

ni bilik aku dengan ainie, 2 single bed.
sunset kat Pantai Klebang
Malam tu, kitaorang makan Asam Pedas Claypot kat Kota Laksamana. *Gambar makanan takde sebab semua dah kelaparan, jadi dah selamat dalam perut. hikhikhik.* Another suggestion from me untuk makan kat Melaka. Kalau taknak Asam Pedas, korang boleh try makan kat Umbai. Sodap bak hang. Thorbaik di Melaka. Makanan lain yang ada kat Bandar Melaka, aku suggestkan korang makan Cendol kat Jam Besar, ABC tanjung dengan Mee Bodoh (Hint dia: waze Pacific Inn, Melaka) kat Tengkera. Semua nya sedap. Okay lapar balik bila ingatkan makanan tu semua. Cis.


InshaAllah ada rezeki kita sambung lagi short gateway kemudian hari. Anneyonggg


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, October 12, 2014

Short Vacation : Ao Nang, Krabi

 Assalamualaikum.

Lama tak terupdate blog guwe ni. Kesuntukan masa dan kemalasan memang tak dapat la nak elak untuk update blog, cerita berbakul-bakul, tapi malas, tak ke mana la kan jawabnya. Mohon ampun ya bukk. Entry ni akan jadi panjang lebar okay, tak tahan, sila tengok gambar sahaja. Sekian.

Back to main story, aku baru balik dari short vacation dengan beloved Mama and kekawan aku which is Farrah Hani and Syifa. Kepada sesiapa yang dah merancang atau ada niat nak merancang ke Krabi, here let me share some experiences yang aku dapat kat sana,

Selalu kalau vacation, mesti ramai yang travel by flight, bas, kereta and so on. Untuk ke Krabi, aku pilih naik Train, which cost you katil bawah RM60, katil atas RM54. Untuk korang yang gerak dari Kl Sentral, aku cadangkan amik la Katil, kang duduk lelama, mahu sakit punggung korang, jadi satu hal lak. Naik train memang best la, pengalaman baru and for me yang jenis backpackers, aku prefer try benda baru.



Sampai Padang Besar, aku cadangkan korang amik je travel agency dekat situ, which Malaysia punya travel agency, ni untuk elakkan korang kena tipu dengan teksi tuk-tuk kat sana. Serious talk, driver Tuk-Tuk tu akan cakap putar belit. Kitaorang hampir gaduh lah dengan driver tuktuk tu. And lagi satu, untuk yang nak try jugak naik tuk-tuk, means nak gerak sendiri without travel agency, aku cadangkan dan nasihat kan korang amik untuk sehala je, tak perlu driver tu tunggu, nanti dia akan charge korang lebih, and even more, yang penuh trick pulak akan join korang untuk makan. Please do reject them if they want to join your lunch (nanti korang yang kena bayar. Pffftt)


kat sana, wifi sentiasa ada, tapi semua nya berbayar, kalau untuk yang stay lama, digalakkan untuk beli kad phone dekat 7eleven which will cost you for 300 baht = RM30. Boleh pakai internet di mana saja.

Untuk Hotel pulak, korang boleh try survey dekat Agoda.com, kalau pergi low season, boleh dapat walk in, and aku cadangkan book awal. Aku pergi area Ao Nang, banyak je hotel, cadangan aku, pilih hotel yang dekat dengan pekan dia, kalau jauh, rugi la. kena spend duit dekat tuktuk and so on.




 Kalau jenis yang tak ikut travel agency macam aku, korang boleh survey kat pekan Ao Nang, and tawar la sampai kau dapat harga yang kau nak. Satu nasihat aku, kalau pergi Thailand, kalau korang dah tawar menawar habis-habisan, better beli barang tu atau korang akan kena maki or kalau worst, kena tumbuk. (sumber kawan aku) Tak tahu betul ke tak, depends on orang jugak kan. ye dak. 

Tempat yang wajib pergi dan aku saran kan pergi, Phi Phi Island. For this trip, aku dapat almost half price, which cost us for 900 baht, bersamaan RM 90 Malaysia. And dia akan siap kan transport semua. 
Monkey Bay
Kalau berhenti kat Monkey Bay, sila jaga barang korang ye. tak kisah la beg ke, selipar ke, jaga je la elok-elok kalau taknak kena beli baru. haha



 Ahli trip yang bahagia mukanya, hahaha

sunset di Ao Nang, Krabi
Untuk transportation dekat pekan Ao Nang, untuk yang main redah, kitaorang dapat kan van a.k.a teksi dengan harga 350 baht untuk pergi and balik 300 baht untuk balik. Ni hasil tawar menawar kitaorang la. Kalau taknak susah, aku suggest kan Travel agency. Biar mahal, asalkan puas hati untuk vacation korang. Untuk backpackers, boleh la cari memana van dan tawar menawar sehabis baik. 

Aktiviti Night Market kat pekan Krabi @ Ao Nang, aku suggest kan pergi la Night Market Ao Nang, dekat pown iye. Night Market Krabi untuk shopping boleh la, tapi perjalanan jauh dari Ao Nang, and kalau tuk-tuk tu charge around 400 baht untuk pergi balik, sila cari tuk-tuk yang lain. kalau tak, kena tipu la jawabnya. Satu lagi nasihat aku, kalau korang nak berjalan, prefer korang simpan duit dekat kocek seluar. asing kan duit besar and kecik, sebab nya, kalau driver tuk-tuk or penjual nak suruh korang bayar anything to them, dorang akan tengok ke purse or wallet korang and akan mintak korang bayar lebih daripada dia cakap kan. (kitaorang dah kena dengan driver tuk-tuk. cis !) And suggestion aku, try Banana plus Nutella pancake, SomTam, Tomyam dorang memang sedap bak hangg.

makanan night market

Next day, kitaorang pergi Samila Beach, area Hat Yai

notakaki:
Till we meet again. 
Can't wait for short gateway next month.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!