Sunday, November 15, 2015

Kampung Tawai, Phnom Penh

 Assalamualaikum

Kisah kali ni sambungan daripada cerita sebelum ni, Phnom Penh, Cambodia yang aku cerita berapa hari lepas. Kampung yang aku duduk sepanjang program berlangsung dinamakan kampung Tawai. Kampung ni tak besar tapi tak berapa kecil. Penduduk dia bekerja sebagai petani, nelayan. Kalau nak cerita kan pasal kampung ni, kampung ni boleh dikira jenis kampung ala-ala zaman 70-80 an. Masak pakai dapur kayu, dapur kecil bawah anjung rumah, tandas kecil bawah rumah banyak lagi la. 

Dalam bekas tu la pisang goreng. nyumnyumnyum

Pagi hari kedua, kitaorang dihidangkan dengan kuih muih. Pisang goreng yang dijual besar, sedap pulak tu. Kalau teringan sekarang, boleh telan air liur. Kuih yang dalam plastik tu selalunya bebudak sekolah yang akan beli. Sekolah agama, sekolah kebangsaan semuanya jarak yang jauh. Pagi-pagi akan nampak bebudak sekolah ni berjalan ke sekolah. Even dorang jalan kaki pun, happy je muka memasing, lain la kalau kat negara kita, jalan sikit dah mengeluh agaknya. Kepada yang first time datang ke kemboja, wajib cuba laksa dorang, tambah garam sikit, cili padi, sedap gila. *meleleh air liur*

 
Laksa Kemboja wajib cuba. Sedap makan dengan cili padi

Bangunan bawah ni sebenarnya sekolah agama. Nampak macam serba lengkap kan sekolah ni, tapi sebenarnya, hanya dua kelas bawah saja yang ada kerusi meja (macam meja kat kantin sekolah kita) dengan sekeping papan hijau yang lusuh. Sementara bangunan sekolah ni dicat, pelajarnya kitaorang kumpulkan untuk aktiviti pembelajaran luar kelas. Alhamdulillah cuaca menyebelahi kitaorang masa aktiviti dijalankan. (sebab sekarang kan musim hujan turun) 

kelas yang telah dibersihkan dan disusun semula

Betul lah kata orang, setiap pekerjaan yang kita lakukan, mesti ada cabarannya. Bagi aku, cabaran paling besar yang kitaorang alami kat kemboja ni, ialah komunikasi. Penduduk kemboja kebanyakan memang tak reti bahasa melayu,dorang pakai bahasa champa. Dalam ramai-ramai penduduk di kampung tawai, hanya ada tiga ke empat orang saja reti berkomunikasi bahasa melayu, secara tak langsung jadi orang pengantaraan kitaorang. Untuk jalankan aktiviti, memang susah sampai tak boleh nak describe feeling masa tu. *menangis* 

Dr. kuku sedang berkhidmat

Walaupun susah untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kitaorang still berjaya jalankan misi membantu penduduk kampung tawai walaupun sumbangan yang dibawa tidaklah seberapa banyak. Tapi yang lebih membahagiakan ialah senyuman penduduk kampung selepas sumbangan diberikan. Terasa berbaloi segala hasil usaha kitaorang selama beberapa hari. InshaAllah ada rezeki, team kami akan datang lagi untuk misi sukarelawan akan datang.

Team Briged Sukarelawan UiTM. #MisiKembojaVietnam

Friday, November 13, 2015

Phnom Penh, Cambodia

Assalamualaikum

Hai guys. Setelah sekian lama aku mendiamkan diri (diam la sangat kan), akhirnya blog aku berupdate juga since aku dah decide untuk jadikan blog aku as travel log kehidupan seorang myza. Actually aku baru balik daripada travel ke Phnom Penh, Kemboja dengan Vietnam baru-baru ni. Takde la kira travel sangat, aku pergi pun atas program sukarelawan rentas sempadan yang dianjurkan team Briged Sukarelawan UiTM Shah Alam.

Daripada pengalaman yang aku dapat di kemboja, antara sebab kenapa negara Kemboja selalu dipilih untuk program sukarelawan, kemboja boleh dikira antara satu negara yang mempunyai purata penduduk Islam yang terkecil di asia negara. Kebanyakan kampung melayu yang ada bertaraf fakir miskin and selalu sangat terlepas pandangan daripada pasukan kebajikan. And kebanyakan orang kemboja berminat dengan agama Islam, tapi kurang pendedahan kepada cara hidup Islam yang sebenar.   

3:00 pagi: Lepas habis packing barang sebelum flight
Di kemboja, kebanyakan laluan jalan dia jenis bertanah merah, yang mana jenis cepat pening-pening, boleh sediakan minyak angin awal-awal. Dari airport ke Kampung Tawai ambil masa yang lama la juga. Kat situ, kebanyakan penduduk dia menggunakan motosikal. Tips kepada yang nak ke kemboja untuk bercuti atau aktiviti sukarelawan, kalau nak lintas jalan, tengok kiri dulu baru kanan and jangan terkejut la tengok lalu lintas kat negara tu. Sampai sana untuk kali pertama tu, memang terkejut la tengok diaorang punya lalu lintas, silap hari bulan, kaki kita kat bawah pun main tekan brek. Phew hilang semangat~


Sebabkan flight kitaorang awal pagi, jadi team kitaorang tak sempat sarapan, jadi sampai je kat kemboja, kitaorang dapat cuba makanan tradisional kemboja, bihun sup kemboja, Yang aku perasan, kat sini makanan dia tak berminyak sangat macam makanan kat negara kita and kebanyakan makanan kat kemboja ada letak daun ketumbar jawa. Air pula dihidangkan air teh hijau. Boleh dikira makanan yang terhidang sangat berkhasiat. 


Dekat kemboja, ada beberapa jenis musim. Musim hujan dikatakan akan turun sehingga hujung bulan november, lepas itu diikuti dengan musim kemarau. Sampai je Kampung Tawai, group perempuan kami dibawa ke rumah penduduk kampung, dan adat di kemboja, mereka mengutamakan tetamu, kami diberikan tempat tinggal yang selesa walaupun serba kekurangan. Walaupun kitaorang sampai di kampung tawai tak sampai seminggu, banyak benda yang dapat kitaorang pelajari dan pengajaran erti kehidupan dapat kitaorang jadikan sebagai iktibar dalam kehidupan, Di kemboja, sumber air mereka ialah air hujan, setiap kali hujan, mereka akan menadah air hujan di dalam tempayan besar, Kampung kat kemboja ni takde sumber elektrik, jadi penduduk akan gunakan bateri kereta sebagai sumber elektrik. 

Mendengar taklimat daripada Agen Kemboja, En Razali

Lepas tinjau kawasan kampung tawai, kami dihidangkan makanan yang dimasak oleh penduduk kampung. Walaupun penduduk sini serba kekurangan, diaorang sedaya upaya nak berikan yang terbaik untuk tetamu. Kat kemboja, masa lambat sejam. Kiranya kat Malaysia pukul 11, kat kemboja pukul 10. Tapi waktu solatnya masih lagi sama, cuma masa and keadaan je yang berbeza. Malam kemboja lagi awal, and suasana kampung sunyi and gelap waktu malam, jadi kepada yang datang pertama kali, lampu suluh jangan dilupakan.


Nota kaki: Travel log akan disambung lagi. Selamat Malam. 

Monday, August 31, 2015

Alexandria, Egypt

Assalamualaikum.

It's really been a long time since I left my bloging behind.  Actually Mesir ni aku pergi tahun lepas, at the end of the year. Aku pergi sebab masa tu ada graduation kakak aku yang kedua, kalau tak kerana certain event, tak berjalan ke luar negara la jawabnya. Since last year till this year, I got busy with my final year project for my degree, nak cerita perjalanan memang tidak la aku ingat semua tempat. Jadi gambar je mampu aku tunjukkan as kenangan aku kat Mesir.  *smile*

Antara view yang ada kat airport Cairo. Satu benda yang kurang aku berminat sikit ialah cara pekerja dia handle beg luggage. So if  guys ada rancangan nak ke Mesir, janganlah bawak beg luggage kesayangan korang, tak dijamin beg tu akan berada dalam keadaan yang baik pergi dan balik.
Even tak berapa nak ingat nama tempat and perjalanan kat sana, Mesir still can be count as one of the best journey that I ever had. Dapat lawat tempat bersejarah Nabi-Nabi, Piramid, dapat rasa naik unta and banyak lagi tempat yang bersejarah. Kebetulan rezeki aku dapat sambut birthday kat Mesir on the day kakak aku punya graduation day, and the best things is sambut dengan semua ahli keluarga termasuk Muhammad Aisy Rayyan dalam perut kakak sulung aku tu masa trip Mesir ni. Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. :)