Friday, January 13, 2017

Yogyakarta, Indonesia - Pantai Timang


Assalamualaikum semua.

Walaupun pagi tadi aku tulis the end, tak bererti ianya sudah habis. Saja sis tak update pasal pantai timang yogyakarta part pertama, sis nak tahu juga ada ke pembaca yang alert pasal pantai timang ni. Alhamdulillah ada juga yang perasan *ayat cover padahal terlupa nak update pasal timang ni. kahkah*

Sebelum sampai ke pantai timang, dalam perjalanan tu, korang akan nampak lautan pantai yang cantik indah permai lagi biru nyaman kalau boleh rasa time tu juga nak terjun mandi air laut. Tapi apa kan daya, tak bawa baju lebih pula masa ni. Cis, melepas nak mandi laut. Pantai Indrayanti. Okay here is another tips, masa korang turun dari mobil, akan ada gerai gerai jualan air kelapa, kalau mahu singgah minum, dijemput duduk di pondok yang tersedia. Namun, sekiranya ampa tak mahu minum takat nak posing sana sini ambil angin udara sup sap masuk hidung, jangan la duduk di pondok berkenaan ye. Jangan cakap sis tak inform awal. Sis ketuk kepala engkorang karang.


Gambar mama guwe ni sebelum dia demam. Nampak kan muka dia masih berseri dan bertenaga kalau nak bandingkan dengan gambar dia di merapi jeep. Heheh Alhamdulillah mama guwe beransur baik demamnya.


Okay sambung balik pasal pantai timang. Ye, engkorang ni memang tak menyabor. Simpan sikit perangai gelojoh tu. Hahaha. Dalam mana-mana pakej yang di offer, tidak akan termasuk dengan perkhidmatan ke pantai timang, since jalannya nggak bagus sekali, transportation ke pantai timang hanyalah menggunakan motorsikal sahaja menggunakan orang tempatan. Yang dalam pakej tu hanya la tiket parking mobil di situ. Perjalanan naik motor tu sangat sangat jauh, sempat la kitaorang semua merempit naik motor. Kalau tak percaya boleh tengok video Instagram ni. Hah kan ada scene merempit. Hahaha. Bayaran motor itu hanyalah 50 ribu rupiah termasuk pergi dan balik. Murah kan. Kalau korang yang datang by pasangan dan pasangan anda reti bawa motorsikal, itu adalah atas budi bicara anda serta penduduk tempatan la ye. Sis tak terfikir untuk menanyakan soalan itu. 


Sampai je di Pantai Timang, korang akan disajikan dengan view bawah ni. Tak, aku tipu je sebenarnya. First thing korang akan nampak ye la toilet. Hahahaha. Untuk makluman engkorang la kan, toilet kat sini semua berbayar ye, paling tidak pun 2 ribu rupiah. Yang nak pergi tu, sila la mintak duit kecil masa tukar kat money changer la ye. Jangan susahkan orang lain kalau sendiri nak membuang. Kahkahkah. Okay kat belah side kitaorang bergambar ni, ada banyak tempat photoshoot. Setiap tempat itu dikenakan 5 ribu rupiah, engko nak posing sampai korang legam pun boleh. Tapi jangan la berkira kalau dah sampai tempat yang jauh ni kan? Duit itu kira cara orang tempatan cari rezeki, apa salahnya kita bergambar sambil memberi rezeki kepada orang lain juga ye dok? (tazkirah ringkas). 


Untuk ke sebelah pulau timang sana, bayaran akan dikenakan sebanyak 200 ribu rupiah. Kalau engkorang dah sampai jauh tapi seram nak naik, tu sis tak boleh komen pape la ye. Tapi kalau memang berhajat ke sana, dan nak try naik gondola, sis suggestkan sangat sangat untuk mencuba. Orang sini dan sana nak kena tarik diri kau dalam gondola tu kau ingat ringan? Lain la aku, aku ringan je tak sampai 45kg. Kahkah puji diri sendiri. Okay okay sabar ye.


Tak tahu gondola ni untuk apa pulak ye, meh sini aku copy paste je ayat mas aziz dalam instagram; 

"Do at your own risk! 

Itu hal pertama yang harus diketahui ketika hendak memutuskan untuk menaiki gondola di Pantai Timang. Kotak kayu sederhana dikolaborasikan dengan beberapa katrol dan sembilan buah tali tanpa jaminan apa pun; tak ada jaminan tali tidak putus, tak ada pula jaminan gondola tidak rapuh. Yang penting, bismillah..


Gondola penantang nyali ini adalah satu-satunya alat transportasi pencari lobster dari bukit karang Pantai Timang dengan Pulau Watu Panjang di seberangnya. Namun, beberapa tahun terakhir, banyak wisatawan datang untuk sekedar mencicipi sensasi bahaya menumpanginya atau sekedar penasaran dan pengen tahu keindahan pemandangan yang tersaji di Pulau Watu Panjang yang tak tanggung-tanggung eloknya. Jajaran Pantai Selatan Jogja, mulai dari Pantai Krakal hingga Pulau Kura-kura kembar milik Pantai Nglambor terlihat jelas dari sana.

Sumber: Yogyes"


Hah senang kerja aku nak expalin gondola ni functionnya apa kat engkorang semua. Lagi satu aku nak puji orang tempatan sini sebab dorang ni pandai amik gambar. In case engko sorang je nak cross the sea, kekawan engko semua style takut nak mencuba, engko boleh je minta orang tempatan sana ambil kan gambar korang. Tapi aku tak minta la, abang tu yang offer nak bawak aku pusing bawah ambil gambar sana sini. I loike you bro. Tak percaya takpe, engkorang tengok gambar guwe kat bawah ye. 


Cantikkan gambar yang abang ni ambilkan. Tak, sebenarnya orang yang ada dalam gambar tu dah memang cantik, gambar pun jadi la secantik itu kan. Hahaha. Aku letak satu jela ye gambar abang tu ambil, karang muntah ijau pulak engkorang ni. Haters gonna hate kan. Ececey perasan pula. Dah habis dah cerita. Sis tak hutang pape dah eh. Debik kang sape cakap aku hutang ole ole. Balik jogja pun muka dah legam nasib tak legam macam kawad tauliah dedulu. Phew phew.

Till then. 
Byebye Again.

Yogyakarta (Last Part) - Tamansari Watercastle -Kraton Jogja -Malioboro

Assalamualaikum semua.

Akhirnya weh akhirnya. Aku berjaya habiskan cerita pasal Jogja ni. Yatohan rasa bahagia dia sampai rasa nak belanja diri sendiri tengok wayang makan sesedap semua la. Hahaha. Sis over, ye sis sedor. Okay last ni, semangat sikit nak cerita. Harap engkorang tak jemu lagi la. Penat ni, support la sikit usaha sis nak habiskan cerita ni. Kang engkorang juga cakap sis tak reti nak update blog walaupun tu memang relaitinya. Kahkah

Tamansari watercastle ni tempat dimana sultan dorang ni tinggal. Kalau di Malaysia, ibarat makan diraja la. Tapi yang menariknya kat sini kan, raja dorang ni duduk sekali dengan penduduk. Rumahnya tu ada berdekatan dengan rakyat-rakyatnya. Kan bagus kalau di malaysia juga begitu, nampak mesra rakyat. Taman ni dibuka pukul 8 pagi, and kat situ ramai pakcik-pakcik yang nampak macam peramah, tapi ikut korang la kalau mahu diikutinya, perlu sediakan tips bagi pakcik pakcik ni. Dorang akan bawa pusing kawasan ni sampai habis, then akan bercerita kisah-kisahnya. Mengenai tips, kalau mereka tidak demand, ikut la ampa nak bagi seikhlas hati berapa pun. Tapi kalau dah ditetapkan jumlahnya, redha ja la na. Kalau taknak bayar pape, tunggu tour guide korang ja bawak jalan pusing and ceritakan pasal tempat-tempat ni.


 Ini la rumah sultan nya itu. Masih ada yang duduk disitu ya.

Satu lagi yang menariknya kat sini, sultan dorang ni dah pun buat peraturan untuk penduduk disini. Salah satunya, pukul lapan pagi sampai lima petang, rakyat di kawasan sekitarnya nggak bisa menonton televisyen, tetapi hendaklah menuntut ilmu atau bersosial. Menarik kan kan kan kan. Aku nak buat peraturan ni la nanti kat keluarga aku. Siap lo orang. Hahahaha. Gambar aku di bawah ini ada kisah menariknya. Kalau korang nak tahu, pergi sana dan tahu sendiri. Kahkahkah. 


Untuk solat, kami dibawa solat di masjid kotagede. Cantik sangat masjid dia sampai tak teringat nak bergambar. Lepas solat, korang boleh melawat kawasan sekitarnya.  Ada kawasan mandian awam, kolam tu ada ikan ikan besar, kira mandi dengan air ikan la kan kalau kita pakai air tu. Hahaha. Sejarah situ tak berapa nak pasti sebab kitaorang jalan tanpa guide, ikut sedap je pusing sendiri, tu yang keluar teori sendiri. Hahahaha. 


kurus dah mama guwe. Demam plus capek
Tempat last before balik kitaorang dibawa ke Malioboro. Ye ini la tempat di mana ibu-ibu suka. Tempat shopping. Hahaha. Penat Andi tunggu kami semua shopping. Ye la kalau boleh kau nak pusing satu barisan kedai yang panjang berderet dengan ramainya orang, panas jangan cerita la kan, and semua benda terjual sampai rambang mata nak pilih. Oh ya, pasal shopping ni, kalau korang nak membeli masa keluar daripada candi-candi tadi, boleh je membeli souvenir di sana, harga nya lebih kurang di Malioboro.

kereta kuda ini dikenali sebagai andong. Korang boleh je try naik untuk pusing pusing satu Malioboro tu. Tak kisah la nak berhenti bergambor ke apa. Ikut ampa la. Lepas shopping, kitaorang ke airport untuk pulang ke Malaysia. Homesick la kononnya. Haha.

Video trip boleh dilihat di Instagram guwe : myza_akmal

THE END. 
(Till the next trip. Byebye)

Yogyakarta (Part III) - Merapi Jeep Tour - Candi Prambanan - Parangtritis & Gumuk Pasir -Bakpia 25

Assalamualaikum semua.

Hai. Guwe muncul lagi. Iya demi kalian, mbak gigih mahu update ceritanya disini. Capek guwe mahu coba untuk consistent update ceritanya di sini. The next trip, kami dibawa oleh Enjoyyourholiday tour ke Merapi Jeep Tour. Iya, ini yang kamu tunggu-tunggu bukan? Usah malu-malu dong. Izinkan guwe ceritakan ya ibu ibu pak pak sekalian.

Tadaaaaa.  Ini la jeep jeep yang ada disana. Ehem, untuk bakal suami, belikan guwe satu ini dong. Akan guwe sayang sampai bebila pun. Acecey cliche sangat bukan? Haha. Melawak ja nohhh. Tapi kalau nak jadikan hadiah perkahwinan pun apa salahnya, ye dok. Hahaha. 

Okay okay balik semula cerita tadi, Kat atas tu, takde la sejuk sangat sampai nak kena pakai sweater bagai sebenarnya. Tapi ikut ampa la kan, kalau nak melawa bergambor sakan, sila kan sila kan. Sebelum sampai ke puncak tu, kitaorang di bawa ke rumah peninggalan hasil daripada meletusnya gunung merapi ni pada tahun 2010. Lepas dah tengok kesan-kesan peninggalan, kitaorang dibawa ke satu kawasan yang dikenali sebagai batu alien. Dijadikan alkisah, dulu tempatnya ini merupakan kebun-kebun tanaman penduduk tempatan. Lepas kejadian tu, daripada kawasan kebun, tetiba ada batu besar ni menyerupai muka manusia terdampar kat sini. Sebabkan rupa manusia yang ada di batu ni, penduduk tempatan memanggil ianya batu alien.



Bayangkan gunung merapi yang atas sana tu, bawa batu ni sampai ke sini. Jauh juga perjalanan dia tu. Sedangkan kawasan perumahan yang kitaorang pergi tu pun bawah lagi dari kawasan ni. Subhanallah besarnya kuasa Allah.

Bagusnya trip merapi ni ialah dia punya driver a.k.a tour guide. Jangan risau, dorang pakar dalam mengambil gambar. Nanti bukan dia yang capek layan karenah korang, tapi korang yang akan capek dengan dia. Kejap pose itu, kejap pose ini. Yatohan penuh gallery gambar. *padahal suka nak mati gambar banyak kan*

Ayuh ikut guwe menuju ke puncak. Maaf over sangat pose guwe. Pakcik tu yang suruh tahu, bukan aku nak sangat lompat ni. HAHAHA

Ibu ibunya. Masa ni mama guwe udah demam.

style kan mama guwe. Tengok lah apa anak dia ajar. Kahkahkah
Eh terpanjang pula cerita pasal merapi jeep. Maaf sis excited terlebih, almaklumlah gambar banyak kan. Rambang mata nak pilih mana satu, kalau boleh nak letak semua sekali. Maaf lagi sekali, sis gelojoh. Hahaha. Lepas merapi, kitaorang pergi ke Candi Prambanan. Cantik bangat view nya disini. Candi ni tak berapa nak hiking, jadi boleh relax relax ja masa pusing sini. Candi Prambanan ni engkorang baca la sendiri sejarah dia. 
Maaf kami buat lagi. Kahkahakah

Lepas candi, makan dan solat. Kitaorang dibawa ke Pantai Parangtritis dan Gumuk Pasir. Gumuk tu bererti longgokan, jadi gumuk pasir itu maksudnya longgokan pasir, bukan orang gemok, aku tampar kang. Eh ter-emo lak. Hahaha. Korang boleh cuba untuk sandboarding kat Gumuk Pasir, sebabkan nak jimat ongkos dan kekangan masa, jadi guwe nggak dapat main sandboard. Sedih guwe. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat sunset di sini. Cantik sangat.

Yang dua ketul mamat tu, ya tu la tour guide sekali driver untuk kitaorang punya pakej, Kenalkan mas Aziz dengan Andi. Tapi dedepan dorang tak panggil mas (abang) pun, panggil om (Pakcik). Hahahaha. Padan muka. Dorang sangat kelakar okay, nasib melayan dan redha je dengan aku yang banyak karenah ni. Haha.

Bakpia tu makanan traditional di Jogja. Kalau mencari ole-ole untuk kawan-kawan kantor, sangat sangat di suggestkan untuk ke kilang bakpia ni. Sedap and murah. Sebabkan masa kitaorang pergi tu agak malam dan hujan, so yeah, takde gambar kilang itu dan makanan selamat landing dalam perut dah. Hahaha. Okay bye selamat malam.